Thursday, 19 November 2015

KUTU KUCING + VIRUS

Assalammualaikum,

Saya nak cerita psl kutu kucing yang melanda diri ini. Pnjg bebenor ceritanya. Jom baca perkongsian saya bagaimana saya mengalami masalah kutu kucing ni.

Aku kena gigit dengan kutu kucing tahun 2012 dalam bulan 5, ex-housemate aku ni bawak balik kucing 2 ekor badan dia kaler ala2 Garfield tapi takde la gebu macam Garfield tu kan. Comot dan bulu dia nmpk kasar mcm kucing terbiar dekat kedai mamak yang korang selalu pegi mkn tu..hahh..mesti geli kan? aku geli wehh..tapi aku geli bkn mcm kita duduk makan dekat kedai mamak pastu kucing tu cuit aku melompat..no..no..no..malu la iolss nti kan..

Lebih kurang mcm ni la rupa kucing yg ex housemate aku bela.
Dia bela 2 ekor & duduk dalam sangkar
- Gmbr En. Google-


Aku ni masa kecik2 dulu memang la sayang sangat dekat kucing sampai bawa tidur peluk macam bantal. Kucing aku pandai jaga kebersihan asyik duduk menjilat bulu dia yang gebus tu 24jam. Bila dah dewasa ni kulit aku jadi sangat sensitive bila kena bulu kucing je aku rasa gatal2 maybe sbb hama/kuman yang ada kat kucing tu kot..tapi sekarang kucing aku dah lama tak ada, tu cerita zaman sekolah rendah.

Dah sebulan housemate aku bela kucing tu tetiba 1 mlm masa aku tido je aku duk garu2..aku x sedar bape puluh kali aku duk menggaru bdn aku ni..gatal dia x yah ckp la kn..rasa cm nk siat2 je kulit ni..hanya org yg prnh alami bnd ni je tau betapa dasattt nye penangan kutu kucing ni...pastu aku bgn pagi..aku pegi la mandi & bila badan kena air tiba2 je aku rasa pedih sgt.


Rupa kutu kucing yang gigit pada kulit kita
(Sgt halus mcm habuk & x nmpk dgn mata kasar)
- Google-
Lepas mandi aku tengok dekat kaki n belakang badan ni banyak kesan macam kena gigit nyamuk + berair macam melecet tu. Aku assume nyamuk la kan..tapi makin hari makin byk kesan dia bila aku bangun pagi pergi kerja every single day akan ada kesan baru dan lama & luka yg dah lama luka tu akan jadi parut hitam. Seksa bila kena gigit dengan kutu ni. Dia punya mengenyam tangan ni asyik nk menggaru je non stop. So, don't assume that cats doesn't have any disease ya.


Ex-housemate aku ni dia akan lepaskan kucing tu time dia balik kerja, lepas tu bila aku sampai rumah je dia terus masukkan kucing dia dalam bilik. Aku dah cakap dengan dia no animals are allowed in this house..tapi dia tak faham english agaknya kan..bela juga..degil benor dia ni tau.

Korang nk tau apa effect dia pd aku..sgt dasat okk..

1.   Period dtg every week - examples : Datang 3 atau 4 hari lepas tu stop 2 or 3 hari dan lepas tu period tu datang balik. Stress aku risau fikir tiap-tiap hari.


2.   Selesema teruk - selesema yang hingusnya sampai meleleh-meleleh dan aku memang tak boleh nak control..pergi toilet semata-mata nak buang hingus. Keluar dari toilet je hingus aku terus keluar balik..the worst part sampi masa aku tengah cakap dengan office mate aku tegur " fida ada hingus kat situ (hidung aku)..terus aku lari pergi toilet. Bayangkan boleh pulak hingus ni meleleh masa tu tanpa aku sedar OMG..sampai dah tak ada deria nk rasa hingus tu keluar bila daaa..malu iolss tauu..! :(

3.   Demam - bdn aku jd seram sejuk sbb virus dia. Almost 2 months. Kejap ok pastu 2 or 3 days after demam balik kira demam aku on off

4.  Work Performance - aku tak boleh nk buat kerja & focus dgn kerja aku. Sampaikan bos panggil aku..Ini yg bos tanya:

Bos   : Fida ada masalah ke?
Aku   : Saya tak sihat bos. (sambil tergaru-garu kaki ku)
Bos aku tgk pun takut..aku ckp la bdn gatal2 & ada byk parut..bos tanya sebab apa..?? time tu aku x pk langsungg pasal kutu kucing ni ok

Bos   : Ada bela kucing ke?

Aku  : Housemate yg bela

Bos  : Dia ckp dia prnh kena bnd cmni..mse tu dia bela 40 ekor kucing...korg bayangkn 40 ekor kucing. Terkejut aku..aku yg 2 ekor ni pun x thn dah wehh..rasa nk ujung2 nyawa.

Bos   : Awak pergi check dengan doktor & mintak ubat

Dalam hati aku ni mmg x tahan sgt dgn kulit yg rasa mengenyam gatal bagai nk hiris-hiris kulit aku ni sampai aku menangis kat office tu. Office mate aku yang concern dekat aku semua pelik tengok aku menangis. Diaorg pun bawak aku pergi klinik. Siap berebut nk bawak kereta siapa pergi. Sangat-sangat terharu aku dengan diaorg. Touching pula aku sebab dah tak ada mak kan, So diaorg la yang caring pasal aku..sobsobsob..(tq my officemate)

Mcm ni la perasaan sedih aku bila kena gigit dengan kutu kucing tu..hukhukhuk

5.   Check Doktor - akak2 office bwk aku pegi klinik panel office la kn..depan office je pun..2 minit dah smpi.

1st Doktor - aku pegi doktor laki yg ada..ble aku ckp psl kutu kucing ada ke dia kata dia x caye..hampeh punya doktor..blajar pe kat overseas aku pun x tau..dia kata ' awak kena allergic ni'...mmg la kulit aku ni sensitive yg amatt doktor..ckp dlm ati je...boleh dia senyum sinis dgn aku dia kata setakat ni sy x prnh jumpa patient cm awk..awk 1st patient yg sy jumpa..eh doktor ni..angin je aku..duk argue dgn aku psl bnd ni..pegi skolah balik..sakit ati wehh ble doktor x caye..dia bagi aku injection ubat skali..hukhukhuk...rasa nak nangis kena inject..sakit tau..pastu tunjuk parut kat kaki pun x caye..sakit ati kita tau..

Mcm ni la contoh rupa kaki aku kena gigit dgn kutu kucing ni
Aku kena gigit dekat kaki, pinggang, perut, tangan & leher
sampai kulit aku berparut hitam & susah nak hilangkan (kira 1 badan la)
- Gmbr En. Google-
Selang 1 week,

2nd Doktor  - doktor lelaki gak..time tu aku nk pegi outstation kat KK..cite bnd yg sama..doktor tu x percaya..bagi aku injection lg..bagi ubat lg..bagi sabun mandi..pas mandi lega skit..bgn pagi esok lg btambah2 parut baru..balik umah nangis sakit wehh..sakit..rasa cm x nk duk umah tu lg..
Selang 1 week after aku balik dari KK smpi je KLIA aku pegi klinik..mmg dah kurang skit gatal2 sbb x duduk kat rumah..pastu balik umah jd balik, aku x tahan lg..pegi jumpa doktor lg..

3rd Doktor - doktor perempuan pulak..hah doktor yg ni kata boleh ada kemungkinan sbb kulit awk sgt2 sensitive..ada la harapan kn...pastu ckp psl period x btl..kena inject lagi daaa..kali ni tmbh DOS beb..menangis x berlagu aku..hampehh btl..rasa cm nk pengsan asyik kena inject je..sakit..sakit..ingat sedap ke kena inject..i hate itt..hurmm..

4th Doktor..again and again.. - pegi lg..x terkira bape kali aku pegi..byk kali gak dlm mse 4 bln.

Kutu kucing x ada sayap untuk terbang.
Dia gunakan kaki dia yang pnjg untuk melompat & hisap darah kita.
Kita duduk atas kerusi yang tinggi pun dia still
boleh lompat & hinggap dkt kulit kita
** Kalau korg nak tau kutu kucing ni sgt tertarik dengan cahaya & haba. 

Itu la pengalaman aku kena gigit dengan kutu kucing. So pada sesiapa yang nk bela kucing tu make sure kucing korang dah dpt injection & mandikan kucing. Kalau kucing dah terkena jangkitan tu cepat2 la bawa kucing korg gi jumpa doktor. Kebersihan kucing tu kena la jaga kalau nk bela kucing.

Skrg alhamdulillah dah xde lagi kutu kucing ni sbb aku dah pindah rumah. Dulu single lagi & belum kahwin. Duduk rumah bujang. Skrg dah kahwin & dah ada baby. Alhamdulillah.

Aku pernah komen dekat blog2 org lain mcm mana nk hilangkan kutu kucing ni. Ada yg whatsapp & tny aku mcm mana nk hapuskan kutu kucing ni. Ada yang anak kena gigit sampai menangis2 x tidur malam. Ada yang wife dia pregnant & kena gigit dgn kutu kucing ni. Kalau pregnant lg la kesian. Aku sgt2 memahami org yg kena gigit dgn kutu kucing ni sampai aku pun trauma bila kucing lalu dekat dengan sebelah aku.

Story nk hilangkan kesan parut, mcm mana nak hapuskan kutu kucing ni drpd rumah kita aku akan post next entry ye.

So Stay Tuned!  :)


Thank you for reading my story!










Wednesday, 4 November 2015

Checklist ke South Korea (Musim Luruh) Oktober 2015


Untuk mereka yang 1st time nak bercuti ke South Korea ini adalah checklist yang diperlukan bila anda hendak ke sana:

Dokumen Penting

1. Passport - 1 photocopy
2. Flight Ticket
3. Health Insurance Card
4. Cash Money
5. Debit/Credit Card *incase nak guna untuk shopping (yang kaki shopping wajib kena standby)
6. Birth Certificate (babies/kids) 
*bawa photocopies sahaja sebab sekarang ni tengah hangat isu kes pemerdagangan manusia. So kena buat copy siap2 incase anything happen la kan
7. Salinan Sijil Kahwin - 1 photocopy


Disebabkan musim luruh dekat Korea nk ke winter ni kan sejuk so suhu waktu pagi dalam 10°c - 18°c & waktu malam pula boleh capai 8°c - 6°c. Bila angin bertiup tu yg rasa sejuk skit & lagi2 waktu malam memang terasa sejuk angin malam dia bila bertiup.

Tapi bila dah 2 3 hari duk sana dah rasa biasa dengan suhu dia. Ada hari saya & hubby just pakai 1 helai baju & sarung dengan sweater je sebab tak rasa sejuk sangat & suhu time autumn ni suhu yang selesa & sesuai untuk kita berjalan2 dekat Korea. Cuma bila matahari terik tu terasa juga panas matahari dia & silau. So please bring ur sunglasses along ya! :)


Pakaian
1. Winter coat/sweater - winter coat beli dekat bundle je RM10 buat standby 1 helai dah cukup.
*Nanti dah sampai dekat Korea anda boleh beli dekat Namdaemun / Hongdae dalam (10 - 30 ribu won).
Ni winter coat yang saya beli dekat bundle di Melaka Sentral (RM10 je) - balik rumah basuh dengan air suam + dettol
*Keluar je dari Airport Incheon terus snap gambar with my hubby & Adam Rayyan (tengah tido)

2. Kasut bertutup - sport shoes/boots bawa 1 pun dah cukup. Dekat subway banyak kedai jual murah2 & boleh beli juga dekat Namdaemun/Hongdae ada macam2 design yang buatkan anda rambang mata! (10 - 30 ribu won)

3. Socks & Hand Socks - bawa la dalam 2 3 pasang. Nak beli dekat sana pun boleh. Hand socks diaorg macam2 corak ada & semua cantik2 belaka!

Untuk barang makanan saya suggest anda untuk khaskan 1 beg utk makanan sahaja bagi yang tavel secara beramai2 & minta staff dekat kaunter check in luggage tu untuk tampal seal ''fragile'' pada beg tersebut bagi mengelakkan makanan tersebut pecah. Masa nak balik Malaysia nanti beg luggage tu boleh isi barang2 shopping yang kita beli!  :)



Makanan & Barang Masak
1. Minyak Masak  *dekat guesthouse yang kami stay memang ada dapur untuk masak & diaorg dah sediakan minyak masak untuk guest nak guna
2. Sardin - untuk buat sandwich sardin/sambal + makan dengan nasi panas2. Fuhhh sedap sangat nak2 suhu plak sejuk waktu malam & memang nikmat sangat makan time tu
3. Kentang -  letak dalam sambal sardin/ayam masak kurma/cucur
Contoh Brand Brahim's yang sesuai untuk dibawa ketika travel
4. Perencah- flavour kari/kurma/rendang/nasi goreng/bihun goreng (beli brand Brahim's pun ok)
5. Sambal ikan bilis - sedap makan dengan nasi panas2 + kicap + telur dadar!
6. Bawang putih + besar - untuk menumis
7. Instant Noodle - Maggie/Bihun flavour Kari/Ayam/Tomyam ikut selera korg - makan maggie + telur time sejuk2 memang sedap sangat!

Contoh makanan yang senang untuk dibawa  - Ihsan Google

*kalau korg nak masak maggie dalam bilik dekat guesthouse bawa periuk nasi jenis travel yang kecil (wrap elok2 & masukkan dalam kotak & boleh je kalau nak hand carry masuk flight) & juga bekas/sudu/garfu/mangkuk untuk letak maggie

8. Beras - untuk yang pergi secara grouping/ramai2 elok bawa
9. Hand blender (travel) - senang nak blend cili + bawang/buat sambal belacan
10. Kicap + Sos Cili (orang Korea tak makan pedas so diaorg just makan ketchup/sos tomato je)
11. Makanan kudap2 - biskut/air kotak/kerepek/gula2 (incase mabuk/pening)
12. Barang2 makanan lain yang dirasakan perlu

*Periuk Nasi Besar + Kuali bagai tak perlu bawa sebab dekat gueshouse selalunya dah disediakan & kalau korg stay dekat guesthouse yang friendly muslim memang ada barang2 untuk muslim yang diaorang dah lock dalam drawer tu & diaorg letak ''For Muslim Use Only''.

Gadgets

1. Universal/International Adapter - beli dekat Mr/ DIY murah2 je (beli lebih pun takpe sebab banyak benda nk cas nanti)
Contoh Universal Adapter

Contoh socket plug di Korea

2. Power bank
3. Camera + Tripod
4. Video-cam
5. Extra batteries - suhu sejuk battery akan cepat habis
6. Handphone + Charger
7. Memory card - standby sebab akan ambil byk sgt gmbr


Toiletries
1. Towel - wajib bawa sebab guesthouse just bagi towel kecil macam face towel
2. Syampoo + Conditioner + Body Shampoo - dekat guesthouse memang dah ada (tapi kalau nak bawa sendiri pun boleh. Bawa toiletries travel pack je utk berapa hari anda stay)
3. Ubat Gigi
4. Barang2 Make up & penjagaan diri yang biasa anda gunakan
5.Botol kosong - untuk kegunaan di toilet sebab toilet diaorg tak ada paip air nak mencuci.
6. Wet tissue
7. Hand Sanitizer
8. Rain coat
9. Hand & Body Lotion


Transportation di Korea
Orang dekat Korea guna T-Money untuk naik Subway/Airport Transfer/Bus/Taxi sebab lebih jimat & kalau bayar cash mahal tau. Function dia sama macam 'Touch n Go' kita. Jimat masa guna Subway sebab sentiasa on time & cepat sampai ke destinasi yang kita nk tuju. Setiap 5-10 minit akan ada train yang datang so kita tak akan tunggu lama.

Pelbagai jenis design T-Money Card

Machine T-Money yang ada di setiap stesen Subway


Setiap Machine T-Money ada bahasa English so dont worry ya!
Kos beli T-Money ialah KRW3000 & boleh top-up dekat setiap stesen yang ada. Harga top up starting KRW5000 hingga KRW50,000. 1 perjalanan kos lebih kurang KRW900- KRW2000. Yang mahal skit airport transfer KRW4500. Nak beli barang dekat convenience store macam 7 Eleven pun boleh guna T-Money ni. 

Sentuh kad T-Money pada petak screen

Money Changer
Di setiap tempat shopping/tumpuan pelancong seperti Myeong-dong/Namdaemun/Insadong/Dongdaemun ada terdapat money changer untuk memudahkan para pelancong untuk tukar duit. So don't worry!

Duit kami yang dah di tukar. Ini pun x cukup lagi nk shopping.
Kitaorg tambah lagi. Hehehe
Pada yang suka shopping tu better tukar lebih sikit masa dekat Malaysia sebab bila kita tukar dekat Korea rate dia mahal sikit la berbanding kita tukar dekat Malaysia. Lagi2 duit kita jatuh memang terasa sikit bila nak berbelanja di Korea padahal harga barang dekat Korea murah & tak mahal sangat. Saya bagi tips sikit untuk anda yang nak belanja shopping ni berapa duit yang anda perlukan untuk tukar (anggaran sahaja):

Kedai Money Changer yang terdapat di Korea 
  • Yang shopping tahap minimum (RM1,000 - RM1,500)
  • Yang shopping barang make up & souviners (RM1,500 - RM2,000)
  • Yang memang kaki shopping nak beli barang untuk family, anak buah, sepupu bagai (RM3,000 - RM4,000)
  • Standby juga Credit Card kalau cash dah kurang sebab shopping sakan.hehehehe

Sekian sahaja untuk entry kali ni. Boleh survey blogger lain untuk top up checklist mana yang kurang. Thanks for reading my blog!  :)

Next entry -> Tips Travel Bersama Baby