Wednesday, 4 November 2015

Checklist ke South Korea (Musim Luruh) Oktober 2015


Untuk mereka yang 1st time nak bercuti ke South Korea ini adalah checklist yang diperlukan bila anda hendak ke sana:

Dokumen Penting

1. Passport - 1 photocopy
2. Flight Ticket
3. Health Insurance Card
4. Cash Money
5. Debit/Credit Card *incase nak guna untuk shopping (yang kaki shopping wajib kena standby)
6. Birth Certificate (babies/kids) 
*bawa photocopies sahaja sebab sekarang ni tengah hangat isu kes pemerdagangan manusia. So kena buat copy siap2 incase anything happen la kan
7. Salinan Sijil Kahwin - 1 photocopy


Disebabkan musim luruh dekat Korea nk ke winter ni kan sejuk so suhu waktu pagi dalam 10°c - 18°c & waktu malam pula boleh capai 8°c - 6°c. Bila angin bertiup tu yg rasa sejuk skit & lagi2 waktu malam memang terasa sejuk angin malam dia bila bertiup.

Tapi bila dah 2 3 hari duk sana dah rasa biasa dengan suhu dia. Ada hari saya & hubby just pakai 1 helai baju & sarung dengan sweater je sebab tak rasa sejuk sangat & suhu time autumn ni suhu yang selesa & sesuai untuk kita berjalan2 dekat Korea. Cuma bila matahari terik tu terasa juga panas matahari dia & silau. So please bring ur sunglasses along ya! :)


Pakaian
1. Winter coat/sweater - winter coat beli dekat bundle je RM10 buat standby 1 helai dah cukup.
*Nanti dah sampai dekat Korea anda boleh beli dekat Namdaemun / Hongdae dalam (10 - 30 ribu won).
Ni winter coat yang saya beli dekat bundle di Melaka Sentral (RM10 je) - balik rumah basuh dengan air suam + dettol
*Keluar je dari Airport Incheon terus snap gambar with my hubby & Adam Rayyan (tengah tido)

2. Kasut bertutup - sport shoes/boots bawa 1 pun dah cukup. Dekat subway banyak kedai jual murah2 & boleh beli juga dekat Namdaemun/Hongdae ada macam2 design yang buatkan anda rambang mata! (10 - 30 ribu won)

3. Socks & Hand Socks - bawa la dalam 2 3 pasang. Nak beli dekat sana pun boleh. Hand socks diaorg macam2 corak ada & semua cantik2 belaka!

Untuk barang makanan saya suggest anda untuk khaskan 1 beg utk makanan sahaja bagi yang tavel secara beramai2 & minta staff dekat kaunter check in luggage tu untuk tampal seal ''fragile'' pada beg tersebut bagi mengelakkan makanan tersebut pecah. Masa nak balik Malaysia nanti beg luggage tu boleh isi barang2 shopping yang kita beli!  :)



Makanan & Barang Masak
1. Minyak Masak  *dekat guesthouse yang kami stay memang ada dapur untuk masak & diaorg dah sediakan minyak masak untuk guest nak guna
2. Sardin - untuk buat sandwich sardin/sambal + makan dengan nasi panas2. Fuhhh sedap sangat nak2 suhu plak sejuk waktu malam & memang nikmat sangat makan time tu
3. Kentang -  letak dalam sambal sardin/ayam masak kurma/cucur
Contoh Brand Brahim's yang sesuai untuk dibawa ketika travel
4. Perencah- flavour kari/kurma/rendang/nasi goreng/bihun goreng (beli brand Brahim's pun ok)
5. Sambal ikan bilis - sedap makan dengan nasi panas2 + kicap + telur dadar!
6. Bawang putih + besar - untuk menumis
7. Instant Noodle - Maggie/Bihun flavour Kari/Ayam/Tomyam ikut selera korg - makan maggie + telur time sejuk2 memang sedap sangat!

Contoh makanan yang senang untuk dibawa  - Ihsan Google

*kalau korg nak masak maggie dalam bilik dekat guesthouse bawa periuk nasi jenis travel yang kecil (wrap elok2 & masukkan dalam kotak & boleh je kalau nak hand carry masuk flight) & juga bekas/sudu/garfu/mangkuk untuk letak maggie

8. Beras - untuk yang pergi secara grouping/ramai2 elok bawa
9. Hand blender (travel) - senang nak blend cili + bawang/buat sambal belacan
10. Kicap + Sos Cili (orang Korea tak makan pedas so diaorg just makan ketchup/sos tomato je)
11. Makanan kudap2 - biskut/air kotak/kerepek/gula2 (incase mabuk/pening)
12. Barang2 makanan lain yang dirasakan perlu

*Periuk Nasi Besar + Kuali bagai tak perlu bawa sebab dekat gueshouse selalunya dah disediakan & kalau korg stay dekat guesthouse yang friendly muslim memang ada barang2 untuk muslim yang diaorang dah lock dalam drawer tu & diaorg letak ''For Muslim Use Only''.

Gadgets

1. Universal/International Adapter - beli dekat Mr/ DIY murah2 je (beli lebih pun takpe sebab banyak benda nk cas nanti)
Contoh Universal Adapter

Contoh socket plug di Korea

2. Power bank
3. Camera + Tripod
4. Video-cam
5. Extra batteries - suhu sejuk battery akan cepat habis
6. Handphone + Charger
7. Memory card - standby sebab akan ambil byk sgt gmbr


Toiletries
1. Towel - wajib bawa sebab guesthouse just bagi towel kecil macam face towel
2. Syampoo + Conditioner + Body Shampoo - dekat guesthouse memang dah ada (tapi kalau nak bawa sendiri pun boleh. Bawa toiletries travel pack je utk berapa hari anda stay)
3. Ubat Gigi
4. Barang2 Make up & penjagaan diri yang biasa anda gunakan
5.Botol kosong - untuk kegunaan di toilet sebab toilet diaorg tak ada paip air nak mencuci.
6. Wet tissue
7. Hand Sanitizer
8. Rain coat
9. Hand & Body Lotion


Transportation di Korea
Orang dekat Korea guna T-Money untuk naik Subway/Airport Transfer/Bus/Taxi sebab lebih jimat & kalau bayar cash mahal tau. Function dia sama macam 'Touch n Go' kita. Jimat masa guna Subway sebab sentiasa on time & cepat sampai ke destinasi yang kita nk tuju. Setiap 5-10 minit akan ada train yang datang so kita tak akan tunggu lama.

Pelbagai jenis design T-Money Card

Machine T-Money yang ada di setiap stesen Subway


Setiap Machine T-Money ada bahasa English so dont worry ya!
Kos beli T-Money ialah KRW3000 & boleh top-up dekat setiap stesen yang ada. Harga top up starting KRW5000 hingga KRW50,000. 1 perjalanan kos lebih kurang KRW900- KRW2000. Yang mahal skit airport transfer KRW4500. Nak beli barang dekat convenience store macam 7 Eleven pun boleh guna T-Money ni. 

Sentuh kad T-Money pada petak screen

Money Changer
Di setiap tempat shopping/tumpuan pelancong seperti Myeong-dong/Namdaemun/Insadong/Dongdaemun ada terdapat money changer untuk memudahkan para pelancong untuk tukar duit. So don't worry!

Duit kami yang dah di tukar. Ini pun x cukup lagi nk shopping.
Kitaorg tambah lagi. Hehehe
Pada yang suka shopping tu better tukar lebih sikit masa dekat Malaysia sebab bila kita tukar dekat Korea rate dia mahal sikit la berbanding kita tukar dekat Malaysia. Lagi2 duit kita jatuh memang terasa sikit bila nak berbelanja di Korea padahal harga barang dekat Korea murah & tak mahal sangat. Saya bagi tips sikit untuk anda yang nak belanja shopping ni berapa duit yang anda perlukan untuk tukar (anggaran sahaja):

Kedai Money Changer yang terdapat di Korea 
  • Yang shopping tahap minimum (RM1,000 - RM1,500)
  • Yang shopping barang make up & souviners (RM1,500 - RM2,000)
  • Yang memang kaki shopping nak beli barang untuk family, anak buah, sepupu bagai (RM3,000 - RM4,000)
  • Standby juga Credit Card kalau cash dah kurang sebab shopping sakan.hehehehe

Sekian sahaja untuk entry kali ni. Boleh survey blogger lain untuk top up checklist mana yang kurang. Thanks for reading my blog!  :)

Next entry -> Tips Travel Bersama Baby

No comments:

Post a Comment